by Oh! Semput

SEORANG wanita warga emas yang kesunyian, baru-baru ini mendapat perhatian meluas di China selepas memuat naik status di laman sosial bersedia membayar sesiapa sahaja yang boleh menyamar menjadi anak gadisnya.
Li Yanling, 63, mengimpikan untuk bercuti di Hainan, namun dia ketakutan sekiranya pergi bersendirian.
Oleh itu, Li Yanling mencari sesiapa sahaja yang sudi menemaninya ke Hainan dan dia sanggup membiaya semua kos pembelanjaan.
Tidak sekadar wang, Li Yanling, 63, turut menawarkan satu unit iPhone 7 kepada individu yang boleh menyamar sebagai anak gadisnya.
“Saya hidup sendirian di Zhengzhou…saya menginginkan seorang gadis yang muda berusia antara 19-24 tahun yang boleh diajak berbual dan bergambar.
“Saya ingin melihat laut di Sanya pada musim dingin ini, tetapi saya takut pergi sendirian,” tulisnya di aplikasi We Chat.
Posting wanita ini kemudian menjadi viral dan menarik ramai netizen yang menawarkan diri untuk menemani Li Yanling tanpa sebarang balasan atau bayaran
“Saya tak perlukan telepon itu tetapi saya boleh menemani awak. Saya akan membayar perjalanan saya sendiri asal saya boleh meringankan kesepian awak,” kata seorang netizen.
Difahamkan, Li Yanling mempunyai seorang anak perempuan tetapi sudah berpindah di Kanada.
Manakala, suaminya pula pergi mendaki gunung untuk tempoh yang lama.
“Suami saya pergi bersama rakan-rakannya dan saya tidak mahu menyusahkan anak saya,” ujar Li.
: Shanghaiist