Wanita Terakhir, Lagu Fattah Amin Buat Neelofa?

by Oh! Semput


76
SHARES
986
VIEWS
Posted on 06 Jan 2017 05:00:35

Buat julung kalinya, Fattah Amin tampil dengan single baru yang berjudul Wanita Terakhir. 

capture-20170106-115635

Gambar : Instagram Fattah Amin

Meskipun single tersebut baru dan belum pun lagi dilancarkan secara rasmi, tetapi lagu tersebut kini sudah berjaya menduduki kedudukan teratas di carta iTunes Malaysia.

capture-20170106-120154

Menurut laporan BH Online, Fattah sendiri menyatakan yang lagu tersebut sememangnya ditujukan buat Neelofa daripadanya. Lagu itu dicipta oleh Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan.

 

Fattah sendiri dikatakan tidak menyangka yang lagu tersebut boleh menandingi lagu-lagu lain di laman iTunes dan Spotify.

 

“Jujurnya saya sangat terkejut kerana lagu itu belum pun dilancarkan secara rasmi. Ia hingga kini hanya dikeluarkan di laman iTunes dan Spotify. Alhamdulillah, ia berita gembira buat saya dan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya,” ujar Fattah.

capture-20170106-115846

Gambar : Instagram Fattah Amin

Lagu tersebut terhasil pabila Aizat sendiri menawarkan kepada Fattah untuk mencipta sebuah lagu untuknya dan pada saat itu, Fattah mengambil keputusan untuk meminta Aizat menghasilkan sebuah karya yang mengaitkan kisah hubungannya bersama Neelofa.

 

Ia disokong lagi pabila peminat sendiri telah mewujudkan #Lofattah demi mengikuti informasi lanjut berkenaan mereka berdua. 

 

Katanya, penangan drama Surihati Mr Pilot itu ternyata kuat dan masih lagi kekal sehingga sekarang meskipun ia sudah lama tamat bersiaran. 

 

“Memandangkan peminat masih mahu kami melakukan sesuatu, saya fikir, apa salahnya kita keluar dengan idea ini (muncul dengan lagu baru),” kata Fattah.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts