Viral kes seorang lelaki yang cedera akibat dibelasah oleh sekumpulan 5 lelaki kerana dikatakan mengintai seorang perempuan di dalam tandas di Petronas Kuarters KLIA, semalam.
Ketika kejadian pada jam 9.30 malam itu. Abdul Hadi Othman, 33, tiada pilihan dan terpaksa menggunakan tandas perempuan di stesyen minyak berkenaan kerana tandas lelaki didapati rosak dan tidak dapat digunakan.
Menurut sumber, dia singgah di situ untuk membuang air dan tandas lelaki tidak boleh digunakan. Ketika itu hanya tandas OKU dan tandas perempuan sahaja yang boleh digunakan. Akibat tidak dapat menahan, Hadi mengambil keputusan untuk memasuki tandas perempuan.
Secara tiba-tiba seorang wanita yang tidak Hadi kenali telah menjerit sekuat hati melalui tandas sebelah dan menuduh Hadi ingin merakamkan ketika dirinya di dalam tandas mengunakkan telefon bimbit.
Hadi dengan tenang menjelaskan dia tiada pilihan dan terpaksa memasuki tandas itu dan tandas OKU juga sedang digunakan. Hadi juga telah menyerahkan telefonnya kepada wanita berkenaan untuk membukti dia tidak merakam apa-apa video sekalipun. Namun, wanita itu terus memarahinya serta memaki hamun dan secara tiba-tiba 5 lelaki datang memukul Hadi tanpa usul periksa.
Ekoran kejadian itu, Hadi telah didapati cedera di bahagian mata dan telah pun melaporkan kepada pihak polis berkaitan dengan kejadian ini.
Dengan tiada sebarang bukti yang kuat serta kukuh, wanita berkenaan telah memuat naik gambar Hadi di media sosial serta menuduh Abdul Hadi melakukan perbuatan yang tidak Hadi lakukan.
Terkini, difahamkan wanita berkenaan telah pun membuat permohonan maaf kepada Hadi serta keluarganya kerana memalukan Hadi. Terbaru dikatakan mereka telah pun berdamai dan kes berkenaan telah ditutup.