by Oh! Semput
Warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika tempoh bekerja dari rumah (BDR) bermula Rabu ini, khususnya melibatkan perkongsian di media sosial.
Memetik laporan daripada Kosmo! Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Awang Alik Jeman menegaskan bahawa sebarang kandungan yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap tugas penjawat awam perlu dielakkan sama sekali.

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat kakitangan yang menyalahgunakan kemudahan BDR sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam.
Malah, tindakan tegas akan dikenakan tanpa pengecualian terhadap mereka yang gagal mematuhi garis panduan ditetapkan.

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan bahawa kemudahan BDR bukan alasan untuk tidak mencapai sasaran kerja.
Jelasnya, setiap pegawai perlu memastikan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat kekal berada pada tahap terbaik walaupun bekerja dari rumah.