Wartawan Wanita Terima Panggilan Ugutan Bom

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 30 Dec 2016 09:00:10

KOTA BHARU – Risau dengan panggilan ugutan bom yang diterima daripada individu tidak dikenali, seorang wartawan wanita di sini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 9 malam tadi.

Wartawan media cetak berusia 36 tahun itu berkata beliau sedang membuat liputan mengenai satu kes lemas di Badang di sini, sebelum menerima panggilan telefon daripada lelaki itu pada 5.50 petang semalam.

Katanya ugutan itu dibuat selepas suspek dipercayai marah susulan laporan berita mengenai ancaman bom di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa yang ditulisnya pada Rabu lepas dan disiarkan akhbar semalam.

“Individu yang membuat panggilan itu membuat ugutan bertanya ‘adakah awak yang buat liputan mengenai ugutan bom ke atas LTSIP? Jangan main-main dengan saya…nanti saya bom.”

“Nombor telefon yang digunakan dipercayai dari sebuah pondok telefon awam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad mengesahkan menerima laporan terbabit dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts