Waspada Penyakit Bawaan Air Diwaktu Banjir

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 04 Jan 2017 03:00:47

banjir

Negara kini sedang hadapi fenomena Musim Tengkujuh yang membawa bersamanya hujan lebat yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat khususnya kepada penduduk yang berada dalam kawasan berisiko tinggi alami banjir kilat dalam negara kita seperti di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Selain daripada membawa kemusnahan harta benda, banjir kilat juga boleh membawa kepada masalah kesihatan kepada mangsa yang terlibat sekiranya tiada langkah pencegahan diambil oleh mereka.

Air yang dibawa oleh banjir kilat boleh mengandungi pelbagai jenis bentuk kotoran serta bakteria yang tidak kelihatan pada pandangan mata kasar manusia. Segala kotoran serta bakteria terbabit mungkin datang daripada kandang – kandang haiwan seperti kandang ayam, lembu, kerbau, kambing dan lain – lain lagi.

Segala kotoran serta bakteria terbabit juga mungkin juga datang dari tandas – tandas dan tangki septik yang ditenggelami air, sampah sarap dan najis yang disebarkan menerusi air, tikus dan lipas serta haiwan – haiwan yang boleh membawa kotoran serta bakteria.

Pelbagai jenis penyakit yang boleh dikaitkan melalui bawaan air terutamanya ketika berlakunya banjir seperti keracunan makanan ataupun minuman, taun, demam kepialu, hepatitis A dan lain – lain lagi.

Kebanyakan kotoran serta bakteria yang dibawa melalui air banjir ini akan menyerang sistem penghadaman serta imunisasi seseorang mangsa dan akhirnya akan menunjukkan gejala – gejala serupa dengan demam panas, sakit perut, muntah, cirit-birit dan lain – lain lagi.

Oleh itu, adalah penting bagi semua pihak mengambil langkah berjaga – jaga dalam menghadapi suasana banjir kilat yang dijangka berlaku sepanjang Musim Tengkujuh ini.

Pihak mangsa perlu memastikan diri mereka tidak terdedah dengan air banjir sepanjang masa.

Mereka juga perlu memastikan anak – anak mereka tidak bermain dengan air banjir. Pihak kerajaan khususnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu melakukan proses pemantauan terhadap semua kawasan yang terlibat dengan kejadian banjir.

Pihak KKM juga perlu mengeluarkan satu garis panduan atau arahan yang lebih jelas kepada semua penduduk dikawasan yang berisiko tinggi hadapi banjir mengenai langkah – langkah yang perlu mereka ambil bagi menjaga keselamatan serta kesihatan diri mereka.

Semua pihak perlu mendengar dengan teliti serta mematuhi segala garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak KKM dalam hadapi banjir.

Pihak penyelamat perlu memastikan segala kelengkapan dan alat bantuan berada dalam kedaan baik dan siap sedia untuk digunakan pada bila – bila masa.

Bantuan makanan, minuman, dan ubat – ubatan perlu disalurkan dengan segera kepada semua mangsa banjir yang terlibat.

Mangsa yang menghadapi masalah kesihatan perlu segera dibawa ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Melalui kerjasama semua pihak, sebarang impak negatif yang boleh dibawa akibat banjir khususnya yang berkaitan dengan impak kesihatan boleh dikawal dan dibendung.

Baca lagi: Dunia Harus Terus Bersatu Hadapi Ancaman Pengganas

This article passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at .org/content-only/faq.php#publishers.
Recommended article: The Guardian's Summary of Julian Assange's Interview Went Viral and Was Completely False.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts