“Welcome Back” – Rakan Maklum Yasin Sulaiman Dibenarkan Pulang Dari Hospital Bahagia

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 03 Sep 2026 03:01:11

Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, akhirnya dibenarkan pulang selepas lebih empat tahun menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Berita gembira itu dikongsikan sahabatnya yang juga bekas anggota kumpulan Brothers, Akbar Azmi, menerusi satu hantaran video di Threads.

Advertisement

“Alhamdulillah, akhirnya setelah lebih empat tahun, Yasin Sulaiman atau dikenali sebagai Yasin Brothers sudah dibenarkan pulang dari hospital.”

Akbar turut meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kepulangan Yasin sebagai berita yang amat menggembirakan selepas sekian lama menjalani rawatan.

“Ya Allah, lama itu. Anak pun sudah besar.

“Alhamdulillah, sepatutnya 30 tahun dan pernah disabitkan untuk duduk dalam penjara. Ini semua kuasa Allah SWT, Yasin dapat lepas hari ini (Selasa).

“Saya telefon dia tadi, dia dalam perjalanan, dekat Tapah. Nanti tunggu ‘update’ terbaru saya bersama beliau nanti. Insya-Allah. Kami sangat gembira.”

Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Sebelum Ini

Untuk rekod, pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Yasin dan mengetepikan hukuman yang sebelum ini dijatuhkan terhadapnya.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan diarahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga mendapat perkenan Sultan Selangor.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup serta 16 sebatan terhadap Yasin selepas dia didapati bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.

Kepulangan Yasin selepas lebih empat tahun menjalani rawatan itu turut disambut dengan rasa syukur oleh sahabat dan peminat yang mengikuti perkembangan dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pengarah
2026-09-02 16:52:17

"Kami Tahu Batas, Mana Ada 'Daring'" - Pengarah Drama Madu Atau Racun Pertahan Babak Hubungan Sejenis

“Welcome Back” – Rakan Maklum Yasin Sulaiman Dibenarkan Pulang Dari Hospital Bahagia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts