WhatsApp Uji Ciri Jadualkan Mesej Di iOS

by Oh! Semput


3
SHARES
45
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 07:30:22

WhatsApp dilaporkan sedang membangunkan ciri “schedule message” di iOS yang membolehkan pengguna menetapkan masa untuk menghantar mesej.

Mengikut laporan, pengguna perlu tekan dan tahan butang hantar (tap and hold) untuk menjadualkan teks yang ingin dihantar.

jadualkan chat whatsapp ios

Dari segi tempoh, ia boleh dijadualkan dalam tempoh minimum 10 minit sehingga 2 minggu. Ia bukan sahaja boleh digunakan dalam chat peribadi namun ia juga dikatakan dapat digunakan dalam kumpulan (group).

Ya, sudah pasti ramai yang akan berkata “Dah lama ada di Telegram” dan saya juga sangat bersetuju dengan fakta ini.

The image shows a feature that allows users to schedule their messages in WhatsApp beta for iOS

Ciri ini bukan saja membantu muda-mudi mengucapkan selamat pagi kepada kekasih namun juga membantu golongan profesional mengelakkan rasa bersalah kerana terpaksa menghantar chat luar waktu kerja bimbang dirundung lupa, lantas membantu cita-cita semua mendapatkan “work-life balance”.

Dari segi status pembangunan, laporan hanya menyatakan ia sedang diuji untuk iOS dan tidak menyebut tentang Android. Jadi, saya jangkakan ia mungkin hadir seawal tahun depan kerana WhatsApp terkenal dengan sifatnya yang sangat perlahan dalam memperkenal ciri baharu.

Terdahulu, kami pernah melaporkan berita sama tentang kehadiran ciri ini namun sumber tidak menyatakan sistem operasi dan mekanisme yang terperinci.

{suggest}

WhatsApp Uji Ciri Jadualkan Mesej Di iOS WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts