by Oh! Semput
Qualcomm sedia mengumumkan acara tahunan mereka, Snapdragon Summit yang akan berlangsung pada 22 September kelak. Kebiasaannya, pada acara Snapdragon Summit, pihak Qualcomm akan mengambil peluang mengumumkan sejumlah perkara, termasuk memperkenalkan cip mercu terbaru mereka.

Untuk tahun ini, Qualcomm disasarkan untuk memperkenalkan Snapdragon 8 Elite Gen 6 pada acara berkenaan. Selari dengannya, ia dijangka sejumlah pengeluar peranti akan mengambil peluang untuk mengumumkan produk mereka dengan menggunakan cip mercu terbaru berkenaan.
Mengikut desas-desus, Xiaomi dikatakan akan menjadi yang terawal memperkenalkan telefon dengan cip berkenaan dibawah siri Xiaomi 18. Xiaomi dijangka memperkenalkan sejumlah ciri tambahan bersama-sama dengannya, termasuk dikatakan turut akan menyertakan ciri “Privacy Display” seperti pada peranti Samsung.
Selain Xiaomi, kita juga mungkin melihat sejumlah jenama lain turut mengumumkan penawaran peranti mereka dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 6 selepas itu.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut, dan mungkin kita akan mendengar lanjut berkenaan peranti-peranti baharu ini dalam minggu-minggu akan datang.