by Oh! Semput
Buat pertama kali, Yasmin Hani memuat naik gambar anak kedua yang diberi nama Eissa Elzander Wong yang dilahirkan 27 Disember lalu di laman Instagram, semalam. Lebih comel, anak pertamanya, Noah Ismail Wong bergambar sama. Eissa dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, di sini pada jam 2.07 petang. Gambar dua beradik itu dirakamkan @talestotell itu mendapat lebih 10,000 ‘likes’ dan dihujani lebih 100 komen dan ucapan tahniah kepada Yasmin dan suaminya, Shaarin. Malah, Instagram rasmi Eissa sudah diwujudkan di bawah nama @EissaElzanderWong.

Yasmin meluahkan rasa bersyukur atas kelahiran bayi keduanya itu pada keterangan gambar yang berbunyi: “Mengumumkan anak kedua kami, Eissa Elzander Wong. Semoga Allah melindungi dan merahmati ahli baharu keluarga kami ini. Semoga Allah limpah kurniakan keberkatan, kasih sayang dan kesihatan kepada keluarga kecil kami ini…Selamat datang ke dunia Eissa. “Noah kata dia akan jaga Eissa.” Yasmin Hani pernah mengendalikan program Muzik@Ria dan terkenal dengan tagline Watchaaa. Dia juga berlakon dan aktif bersenam bersuami suami, Shaarin yang bertubuh ‘sado’.
This article passed through the Full-Text RSS service - if this is your content and you're reading it on someone else's site, please read the FAQ at .org/content-only/faq.php#publishers.
Recommended article: The Guardian's Summary of Julian Assange's Interview Went Viral and Was Completely False.