YouTube Menambah Ciri Permesejan Untuk Memudahkan Perkongsian

by Oh! Semput


5
SHARES
65
VIEWS
Posted on 08 Aug 2017 12:01:35

Pada hari ini, terdapat sejumlah besar pengguna yang berkongsi pautan video daripada YouTube kepada rakan-rakan lain melalui aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, dan sebagainya. Menyedarinya, kini Google turut menambah ciri permesejan pada aplikasi YouTube dalam usaha memudahkan pelbagai perkongsian turut berlaku pada aplikasi YouTube tersebut sendiri.

Ciri permesejan ini membolehkan anda menghantar pautan video kepada sebarang rakan-rakan lain di YouTube dengan mudah – dan pada masa yang sama membincangkan mengenainya tanpa perlu meninggalkan aplikasi berkenaan.

Untuk memulakan permesejan sendiri, pengguna hanya perlu menekan butang Share pada sebarang video, dan memilih rakan-rakan yang ingin anda berkongsi bersama. Sebaik sahaja dipilih, ia akan memulakan tab baru dengan sokongan permesejan pada bahagian bawah aplikasi berkenaan. YouTube menyokong permesejan berkumpulan sehingga 30 orang di dalamnya, selain permesejan secara individu seorang ke seorang.

Ciri permesejan ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia, dan mungkin anda melihatnya pada peranti Android atau iOS dengan aplikasi YouTube tidak lama lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts