Mark Zuckerberg Memulakan Fokus Baharu Terhadap Arena Perusahaan Melalui Meta Enterprise Platform

by Oh! Semput


4
SHARES
52
VIEWS
Posted on 28 Sep 2026 14:00:35

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan pembentukkan bahagian perniagaan baharu dinamakan Meta Enterprise Platform. Seperti pada namanya, perkhidmatan ini disasarkan kepada perusahaan, dan akan membolehkan pelbagai perniagaan menggunakan kecerdasan buatan dalam terus menambah-baik, memperluaskan dan meneroka pelbagai kaedah baharu untuk memperkembangkan perniagaan.

Meta Enterprise Platform akan mengintegrasikan pelbagai kepakaran Meta, termasuk ejen Muse, integrasi Muse Code untuk pembangunan, Muse API, selain sokongan Meta Business Agent. Untuk mengetuai bahagian ini, Meta melantik CEO MongoDB.

Meta menyatakan dalam tahun-tahun akan datang, AI akan memainkan pelbagai peranan penting dalam sesuatu organisasi, dan Meta ingin menjadi peneraju dalam arena ini melalui penawaran model-model termaju mereka, selain sokongan ejen AI yang membantu dalam pengiklanan dan memperluaskan perniagaan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts