Mark Zuckerberg Mengatakan Threads Kini Mempunyai Lebih Ramai Pengguna Bulanan Berbanding X

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 24 Oct 2026 03:30:30

Mark Zuckerberg kini mengatakan platform sosial Threads mereka kini mempunyai angka pengguna aktif bulanan yang lebih ramai dan tinggi berbanding dengan platform X atau dulunya dikenali dengan nama Twitter.

Angka semasa tidak dinyatakan lagi. Kali terakhir Meta berkongsi angka pengguna Threads, ia sedia melangkaui angka 500 juta pengguna aktif. Selain angka pengguna tinggi, ia turut dikongsikan yang mana masa yang diluangkan pengguna di Threads juga meningkat 20% berbanding tahun lepas.

Di Malaysia sendiri, pengguna di Threads dilihat lebih aktif berkongsi, berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain. Algoritma yang ditawarkan Threads juga dilihat lebih lokal berbanding dengan X yang sering kali membawa kandungan janaan AI, atau lebih ke arah politik dan ke arah perkongsian rawak daripada pengguna luar negara. Meta juga turut telah memulakan pengiklanan pada Threads, dan sebelum ini Mark Zuckerberg pernah menyasarkan Threads akan mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts