Awal Ashaari Lega Batu Dalam Hempedu Dah Selamat Buang

by Oh! Semput


104
SHARES
1352
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 02:59:31

Awal Ashaari sudah selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu pada Isnin 5 Jun 2017.
 
Isterinya, Scha Al-Yahya  berkata dia sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar.
 
“Awal mengetahui ada batu dalam hempedu selepas berasa sakit dan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum ini. Doktor menasihati supaya menjalani pembedahan pada Ramadan ini supaya dia dapat berehat.
 
“Awal juga dimasukkan ke wad pada jam 8.30 pagi dan pembedahan yang memakan masa selama tiga jam selesai kira-kira 11.30 pagi,” katanya kepada Harian Metro.
 
Foto: IG Awal Ashaari
 
 
Aktor kacak itu juga dijangka keluar dari hospital selepas tiga hari dan dinasihatkan berehat seminggu sebelum kembali mengacarakan program Melodi.
 
Menurut Scha lagi, dia sentiasa menemani suaminya sepanjang dirawat dan terpaksa menunda penggambaran dramanya untuk menjaga Awal.
 
“Mujur pihak produksi memahami dan saya dibenarkan bercuti. Kebetulan, Lara pun cuti sekolah dan dijaga ibu saya jadi saya boleh fokus menjaga Awal di hospital,” tambahnya.
 
Foto: IG Awal Ashaari 
 
Kami doakan semoga Awal cepat sembuh dan boleh kembali bekerja seperti biasa.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts