Nak Tahu Apa Itu Air Kathira Asli ?

by Oh! Semput


14
SHARES
187
VIEWS
Posted on 05 Jun 2017 07:27:04

Masuk sahaja dalam bazar Ramadan, mesti jumpa Air Kathira! Macam tak lengkap rasanya bulan puasa jika tidak menikmati air istimewa ini sekurang-kurangnya sekali sewaktu masa berbuka
 
Minuman yang diperbuat daripada pelbagai herba seperti kurma, kismis, buah kabung, kembang semangkuk dan juga biji selasih ini memang menjadi kegilaan ramai.
 
Menurut cerita tentang kewujudan asalnya, Air Kathira pada mulanya menjadi minuman kegemaran orang Islam dari India Selatan. Ada juga versi yang mengatakan minuman ini asalnya dari Singapura atau selatan tanah air negara kita iaitu di Johor.
 
Apa yang pasti jika ke berkunjung ke Johor, jangan lepaskan peluang untuk cuba sendiri Air Kathira Abu Bakar.
 
Foto: BH Plus
 
Jenama ini memang cukup terkenal dan menjadi buruan ramai kerana menjual air Kathira yang asli dengan kualiti dan rasa yang terbaik!
 
Apa yang lagi istimewa adalah ramuan yang digunakan dalam perniagaan keluarga ini adalah dari resepi rahsia arwah bapa mereka.
 
Pelanggan boleh mendapatkannya di bazar-bazar Ramadan sekitar Johor dan dijual dengan harga antara RM4-RM13 sebungkus.
 
Foto: BH Plus
Boleh tahan sampai setahun kalau disimpan dalam peti ais. Pastikan ada logo Air Katira Abu Bakar pada bungkusannya sebelum beli untuk memastikan keasliannya.
 
Ramai yang sanggup datang dari seluruh negeri ke Johor semata-mata nak rasa air ni tau. Anda bila lagi, jom?

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts