Abby Abadi Berang Dituduh Terlibat Penipuan, Tampil Pertahan Ibu Mangsa Rog*l Datuk Sendiri – “Awak Ada Masalah Apa?”

by Oh! Semput


5
SHARES
69
VIEWS
Posted on 15 Jun 2026 10:02:44

Pelakon dan usahawan Abby Abadi tampil meluahkan rasa berang selepas seorang individu mendakwa ibu kepada mangsa rogol yang sebelum ini dibantunya sedang menjalankan scam dengan meminta sumbangan daripada orang ramai.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Abby menegaskan bahawa tujuan beliau berkongsi kod QR serta maklumat bantuan sebelum ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu mangsa yang sedang menguruskan kes melibatkan anaknya.

Advertisement

Abby abadi

Menurut Abby, tuduhan yang dilemparkan terhadap wanita berkenaan disifatkan sebagai tidak berasas dan dibuat tanpa memahami situasi sebenar yang sedang dihadapi keluarga tersebut.

“Tertipu apa pulak ni? Sy yg share QR tu sbb nk tlg mummy ni uruskan kes atuk lahanat tu.. Sy nk tgl sorg Sy tak mampu mana … awk ada masalah apa? meh sembang dgn sy meh.”

Hantaran tersebut dipercayai ditulis sebagai respons kepada komen seorang individu yang mempersoalkan kutipan bantuan yang dilakukan dan mendakwa ia mempunyai unsur penipuan.

(VIDEO) Tular Video Mengaku Buat Perkara Terkutuk, Datuk Tiri Direman Enam Hari Disyaki Rog*l Cucu Sendiri

Abby sebelum ini pernah memuat naik hantaran meminta bantuan orang ramai serta berkongsi kod QR bagi membantu ibu mangsa menampung kos berkaitan pengurusan kes yang sedang berjalan.

Rata-rata netizen turut tampil mempertahankan tindakan Abby dengan menyifatkan usaha itu sebagai satu bentuk bantuan kemanusiaan kepada keluarga yang sedang berdepan ujian berat.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang bukti dikemukakan berhubung dakwaan bahawa bantuan yang dikumpulkan itu merupakan satu bentuk scam seperti yang dituduhkan oleh individu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-10 17:02:26

(VIDEO) Tular Video Mengaku Buat Perkara Terkutuk, Datuk Tiri Direman Enam Hari Disyaki Rog*l Cucu Sendiri

Abby Abadi Berang Dituduh Terlibat Penipuan, Tampil Pertahan Ibu Mangsa Rog*l Datuk Sendiri – “Awak Ada Masalah Apa?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts