Tanah Orang Asli dirampas? JAKOA nafikan dakwaan, tegas tiada tanah diwartakan terjejas!

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 13 Jun 2026 20:34:24

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) menafikan dakwaan bahawa tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Dalam satu kenyataan, JAKOA menegaskan dakwaan berkenaan adalah tidak tepat dan menjelaskan bahawa sehingga kini tiada mana-mana tanah Orang Asli yang telah diwartakan dirampas oleh mana-mana pihak.

“Untuk makluman, sehingga kini tiada mana-mana tanah Orang Asli yang diwartakan dirampas seperti yang didakwa,” katanya.

alt

Pada masa sama, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menerusi JAKOA menghargai pandangan serta cadangan yang dikemukakan menerusi memorandum yang diserahkan oleh pihak berkaitan berhubung isu melibatkan masyarakat Orang Asli.

Menurut kenyataan itu, setiap perkara yang dibangkitkan akan diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang tindakan sewajarnya dipertimbangkan.

“KKDW melalui JAKOA sentiasa komited dalam memperjuangkan kesejahteraan masyarakat Orang Asli dengan memahami serta menangani isu, keperluan dan aspirasi komuniti tersebut, sekali gus memastikan suara, kepentingan dan kebajikan mereka sentiasa diberi perhatian,” katanya.

alt

Artikel lain: Kukuh kerjasama strategik, JAKOA hargai peranan media perkasa komuniti Orang Asli

Terdahulu, KKDW menerima memorandum yang dikemukakan oleh Pertubuhan Perlindungan Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Greenpeace Malaysia serta gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Orang Asli Malaysia berkaitan isu melibatkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134).

alt

Memorandum tersebut diserahkan oleh Tetuan Raj & Sach yang mewakili NGO berkenaan melalui Sachpreetraj Singh Sohanpal kepada Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri KKDW, Ts. Shahril Iqbal Abdul Rakeb.

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts