“Abang Saddiq okay je”- Didi Astillah mohon maaf buat ‘prank’ hari lahir ibu, minta jangan kaitkan keluarga

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 14:04:29

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tampil memberi respon selepas video prank sempena sambutan hari lahir ibu tercinta tular dan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi hantaran di Instagram, Didi atau nama lengkapnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menjelaskan bahawa beliau menghormati setiap pandangan yang diberikan orang ramai berhubung isu tersebut.

alt

Bagaimanapun, Didi menegaskan bahawa gurauan berkenaan bukanlah perkara baharu dalam kehidupannya, malah pernah dilakukan sebelum ini dan dikongsikan di media sosial walaupun ketika itu kurang mendapat perhatian umum.

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing dan pada yang tak tahu ini bukanlah benda baru atau first time saya buat.
“Mungkin followers Didi yang dah lama follow pernah nampak juga. Ada juga Didi post sebelum ini tapi mungkin kurang mendapat perhatian,” katanya.

Dalam pada itu, Didi menjelaskan rakaman berkenaan pada asalnya hanya dirakam untuk tontonan ahli keluarga serta kenalan rapat, namun telah dimuat naik ke media sosial secara tidak sengaja oleh pihak berkaitan.

“Kalau ada yang kurang selesa, saya minta maaf. Untuk pengetahuan semua, kami dah tempah tempat secara tertutup (private room) dan ada ahli pasukan yang ter-upload tanpa bertanya, dan mereka juga sudah memohon maaf,” jelasnya.

Beliau turut menafikan dakwaan yang mengaitkan individu dalam video tersebut sebagai pekerja restoran, sekali gus meluruskan salah faham yang timbul.

“Abang yang bawa air itu bukan pekerja restoran tersebut,” ujarnya.

alt

Mengulas lanjut, Didi berharap orang ramai tidak terus memanjangkan isu berkenaan dan dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa tanpa melibatkan ahli keluarga.

“So guys, marilah kita move on dan jalani kehidupan kita. Janganlah kaitkan keluarga. Setiap keluarga berbeza cara,” katanya.

Sementara itu,Ahli Parlimen Muar,  Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga tunang kepada kakak Didi iaitu Bella Astillah dilihat memuat naik hantaran berserta ucapan ulang tahun kelahiran buat bakal ibu mentuanya.

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts