by Oh! Semput
Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah tampil menjelaskan mengenai video kejutan sambutan hari jadi ibunya yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen.
Menerusi perkongsian di Instagram, Didi berkata kejutan tersebut bukanlah perkara baharu kerana dia pernah melakukan konsep yang sama sebelum ini dan berkongsi di media sosial.
“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing. Kepada mereka yang tidak tahu, ini bukanlah perkara yang baharu atau pertama kali saya buat.”
“Mungkin pengikut saya yang dah lama mengikuti saya mesti pernah nampak saya buat macam ini. Saya pernah post dulu tetapi mungkin ketika itu kurang dapat perhatian sebab itu tak pernah dipersoalkan,” tulisnya.
Dalam masa sama, adik kepada penyanyi Bella Astillah itu turut memohon maaf sekiranya perkongsian tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan sesetengah pihak.

“Apa pun, saya minta maaf kalau ada pihak yang kurang senang. Untuk pengetahuan kami dah tempah tempat itu dan ia dalam bilik tertutup (private room).”
“Ada team member yang termuat naik tanpa sengaja tanpa tanya kami terlebih dahulu dan mereka pun sudah memohon maaf. Jadi, marilah semua move on dan jalani kehidupan kita,” katanya.
Mengulas mengenai Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang turut berada dalam video berkenaan, Didi meminta orang ramai agar tidak terlalu risau kerana beliau berada dalam keadaan baik.
“Abang Saddiq okay sahaja. Kan abang? Tenang sahaja ya kalian,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Abang Saddiq Okay Je, Tenang Semua” – ‘Prank’ Dilabel Rempit, Didi Astillah Mohon Maaf Jika Ada Yang Kurang Senang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.