Isyarat Baharu Politik Rompin, Seramak 65 Orang Ahli BERSATU Kembali Menyertai UMNO

by Oh! Semput


3
SHARES
33
VIEWS
Posted on 12 Jun 2026 16:32:08

ROMPIN: Keputusan 65 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rompin kembali kepada UMNO dilihat sebagai petunjuk bahawa sokongan akar umbi di daerah ini semakin kembali kepada parti berkenaan.

Mereka ialah bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muadzam Shah pada pilihan raya umum lalu, Jaafar Mustafa bersama ahli Bersatu Bahagian Rompin.

Timbalan Ketua UMNO Rompin, Datuk Ir Razali Kassim berkata, kembalinya kepimpinan dan ahli Bersatu Rompin ke pangkuan UMNO membuktikan bahawa kekuatan sebenar terletak pada kesatuan dan kestabilan.

"Apabila perjuangan menjadi keutamaan, perpaduan menjadi pilihan, maka jadilah keramatnya kepada kepada kegemilangan parti.

"Semangat “Rumah Bangsa” terus menjadi simbol penyatuan dan wadah perjuangan dalam memastikan agenda pembangunan, kestabilan politik serta kebajikan rakyat dapat diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini.

Hadir sama, Ketua UMNO Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin.

Razaki menambah, penyatuan semula ini membuktikan perjuangan yang ikhlas sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

"Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Insya-Allah, perjuangan ini akan terus diperkukuh demi rakyat dan negeri Pahang.

"Semoga penyatuan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan yang lebih utuh dalam membela kepentingan masyarakat serta memacu pembangunan negeri dan negara," ujarnya. #sinarharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts