Demam World Cup Kini Bermula! U Mobile Bawa Rakyat Malaysia Lebih Dekat Dengan 104 Perlawanan

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 13:32:47

Kalau sebelum ini ramai peminat bola sepak sanggup berjaga malam semata-mata nak tengok aksi pasukan kegemaran, kali ini pengalaman itu bakal jadi lebih mudah dan lebih meriah.

U Mobile baru sahaja mengumumkan bahawa mereka merupakan penaja penyiaran rasmi World Cup 2026™ di RTMKlik, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia mengikuti kesemua 104 perlawanan kejohanan bola sepak paling dinantikan di dunia itu dengan lebih lancar.

Advertisement

Apa yang lebih menarik, pelanggan U Mobile boleh menebus Pas ULTRA Football secara percuma setiap hari untuk menikmati data tanpa had dan kelajuan tanpa had bagi menstrim perlawanan melalui RTMKlik.

Tak Perlu Risau Data Habis Ketika Perlawanan Penting

Bagi peminat bola sepak, antara perkara paling menyakitkan adalah apabila internet mula perlahan atau data tiba-tiba habis ketika aksi semakin mendebarkan.

Sebab itu Pas ULTRA Football dilihat sebagai antara tawaran paling menarik sepanjang musim kejohanan ini. Bermula 11 Jun hingga 20 Julai 2026, pelanggan U Mobile boleh menebus pas tersebut setiap hari menerusi aplikasi MyUMobile.

Ini bermakna setiap gol, jaringan kemenangan saat akhir dan aksi mendebarkan boleh ditonton tanpa perlu terlalu memikirkan penggunaan data.

Bukan Sekadar Tonton Bola, Siap Ada Hadiah Gempak!

Selain pengalaman penstriman, U Mobile turut melancarkan ULTRA Football Fest yang menawarkan pelbagai ganjaran eksklusif kepada pelanggan.

Paling mencuri perhatian sudah tentu hadiah utama ULTRA Football Dream Tour bernilai sehingga RM250,000. Seorang pemenang bertuah bersama tiga orang rakan atau ahli keluarga bakal menikmati percutian bola sepak dengan semua perbelanjaan ditanggung ke bandar-bandar bola sepak paling ikonik di dunia.

Kalau itu belum cukup menarik, pelanggan juga berpeluang membawa pulang:

-4 pakej ULTRA Home Stadium Makeover lengkap dengan perkakas rumah Samsung bernilai RM50,000 setiap satu.

-50 telefon pintar Samsung S26 Ultra.

-100 TV Pintar Samsung 65 inci Crystal UHD 4K.

-500 helai jersi rasmi pasukan 2026.

Cara Nak Sertai?

Kempen ULTRA Football Fest berlangsung dari 5 Jun hingga 31 Julai 2026.

Pelanggan hanya perlu mendaftar, menaik taraf atau membeli peranti mudah alih di bawah pelan ULTRA Prepaid, ULTRA Postpaid atau U Home 5G Broadband untuk melayakkan diri menyertai kempen ini.

Jadi kalau anda memang kaki bola, ini mungkin masa terbaik untuk menikmati setiap aksi kejohanan sambil memburu hadiah yang bukan calang-calang nilainya.

Apa Kata Anda?

Kalau diberi peluang, anda lebih teruja nak menang Samsung S26 Ultra, TV 65 inci ataupun trip bola sepak bernilai RM250,000 bersama geng sendiri?

Untuk maklumat lanjut mengenai ULTRA Football Fest dan ULTRA Football Pass, sila layari:https://www.u.com.my/en/personal/deals/ultra-football-fest

 

Demam World Cup Kini Bermula! U Mobile Bawa Rakyat Malaysia Lebih Dekat Dengan 104 Perlawanan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts