by Oh! Semput
Pelakon terkenal Indonesia, Aghniny Haque berkongsi pengalaman mencabar yang dilaluinya ketika menjalani penggambaran filem Khadam apabila terpaksa menerima tamparan berulang kali daripada Datuk Remy Ishak bagi menjayakan satu babak penting.
Menurut Aghniny, babak tersebut memerlukan rakaman dari pelbagai sudut sehingga dia ditampar berkali-kali dan meninggalkan kesan merah pada wajahnya.
“Untuk babak saya ditampar Datuk Remy, ada banyak sudut yang perlu diambil. Jadi lebih kurang 25 kali saya ditampar.”
“Memang sakit dan ada kesan merah di pipi saya. Saya sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi babak saya ditampar,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Khadam semalam.
Dalam masa sama, Aghniny mengakui berasa bangga kerana diberi peluang membintangi filem tersebut yang juga merupakan projek antarabangsa pertamanya.
“Saya berterima kasih kepada penerbit dan pengarah kerana memberi peluang serta percayakan bakat saya. Sangat teruja dan bersyukur kerana ini filem antarabangsa saya yang pertama.”
“Berlakon bersama produksi di Malaysia merupakan pengalaman indah buat saya. Orang Malaysia sangat ‘hangat’. Mereka juga sangat ramah dan saling menghormati.”
“Untuk pengetahuan kalian, kalau di Indonesia, jika berlakon dalam filem seram, kru produksi yang terlibat sekitar 200 orang dan penggambaran mengambil masa selama 18 hari.”
“Tetapi untuk filem Khadam hanya sekitar 60 kru sahaja. Dan itu membuatkan ‘bonding’ antara kami lebih rapat. Saya juga jalani penggambaran selama 32 hari di mana menurut saya produksi filem ini benar-benar serius,” jelasnya.
Menurut Aghniny lagi, watak Melur yang merupakan seorang wanita bisu memberi pengalaman berharga dalam perjalanan karier lakonannya.
Filem Khadam yang turut dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Zarra Zaff dan Karl El mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Sakit & Merah Pipi, Saya Ditampar Remy Ishak 25 Kali” – Aghniny Haque Besar Hati Dapat Berlakon Bersama ‘Hero Malaya’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.