“Elok Je Dulu Berpurdah…” – Bekas Pelakon ‘Filem Dewasa’ Dituduh ‘Tunggang Agama’, Kembali Freehair & Peluk Anjing Di IG

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 11 Jun 2026 06:32:55

Nama pempengaruh Nuray Istiqbal kembali menjadi perbualan hangat selepas penampilan terbarunya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Menerusi media sosial, ada pihak yang mengkritik perubahan imej Nuray yang sebelum ini sering tampil berjubah dan berpurdah selepas memeluk Islam, namun kini dilihat lebih terbuka dari segi pemakaian dan gaya hidup.

Advertisement

nuray

Antara perkara yang menjadi perhatian termasuk tindakannya membuka purdah secara berperingkat, tampil dengan gaya streetwear, memakai turban hingga menampakkan rambut, bertindik serta terbaru memegang seekor anjing.

nuray istiqbal

Nuray istiqbal

Susulan itu, segelintir netizen menuduh Nuray seolah-olah mempergunakan agama, lebih-lebih lagi kerana sebelum ini dia pernah muncul dalam beberapa podcast dan berkongsi kisah penghijrahannya.

Bagaimanapun, tidak kurang juga yang tampil mempertahankan Nuray dengan menyifatkan kecaman melampau bukanlah cara terbaik untuk menegur seorang mualaf.

 

NUray

komen

Untuk rekod, Nuray Istiqbal sebelum ini dikenali sebagai Rae Lil Black dan dikatakan memeluk Islam selepas lawatannya ke Malaysia pada penghujung 2024.

Dia kemudian mula tampil bertudung sekitar Oktober 2024 sebelum menukar namanya kepada Nuray Istiqbal pada Mac 2025.

Kini, Nuray aktif menghasilkan kandungan berkaitan vlog, travel dan kehidupan peribadinya di beberapa platform media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-06-10 17:02:26

(VIDEO) Tular Video Mengaku Buat Perkara Terkutuk, Datuk Tiri Direman Enam Hari Disyaki Rog*l Cucu Sendiri

“Elok Je Dulu Berpurdah…” – Bekas Pelakon ‘Filem Dewasa’ Dituduh ‘Tunggang Agama’, Kembali Freehair & Peluk Anjing Di IG first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts