Abaya bukan baju raya Melayu, Erma Fatima perkenal koleksi kebaya

by Oh! Semput


5
SHARES
59
VIEWS
Posted on 06 Jun 2017 16:02:28

Erma Fatima tampil dengan rekaan tradisional namun kekal dengan konsep muslimah dan menutup aurat.—Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 6 Jun—Pengarah terkenal Erma Fatima menegur gaya pemakaian sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan budaya Timur Tengah berbanding busana tradisional sendiri.

“Jubah dan abaya bukan baju raya kita. Gaya sedemikian adalah lebih kepada orang Arab. Saya pula mahu kembalikan gaya Melayu yang masih bercirikan ketimuran,” katanya seperti dilapor BH Online.

Kini tampil dengan koleksi pakaian sendiri, katanya rekaan kebayanya, ilham daripada wataknya dalam drama popular Mak Cun, bukan sahaja boleh dipakai ketika Hari Raya Aidilfitri tetapi juga sesuai untuk harian.

“Koleksi Mak Cun ditampilkan dengan mengambil ilham daripada watak yang saya lakonkan dalam drama terbabit. Manakala sebuah lagi koleksi saya, Khalif, pula adalah rekaan yang diinspirasi daripada pakaian yang saya gemari. 

“Saya jenis wanita yang suka bergaya pelik, tetapi tidak melupakan elemen batik untuk setiap koleksi dihasilkan. Jadi, saya suai padankan semuanya. 

“Koleksi saya pun hanya menggunakan kain kapas dan tidak mahal. Ia pakaian harian yang sangat praktikal. Sejujurnya, dua koleksi saya hasilkan ini bertujuan untuk mengembalikan gaya tradisi ketika sambutan raya dan pemakaian harian,” katanya.

Katanya dua rekaan itu bersifat tradisional dengan gaya wanita Melayu klasik, pada masa sama mementingkan ciri muslimah dan menutup aurat.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts