by Oh! Semput
Bagi para pembangun tempatan, salah satu acara yang mungkin dinantikan adalah JomLaunch. Kebiasaannya, para pembangun akan bertemu dalam berkongsi perkembangan terbaru, disamping memperlihatkan pembentangan sejumlah projek-projek tempatan yang baharu.

Untuk tahun ini, JomLaunch akan berlangsung penghujung minggu ini, selari dengan acara Impact Tech Symposium 2026 – pada 28 dan 29 November 2026. Acara dua hari ini akan menyaksikan perkongsian pelbagai perkembangan melibatkan arena teknologi tempatan dan global, dan diakhiri dengan acara pembentangan JomLaunch. Sebanyak 10 projek tempatan menarik dijangka dibentangkan pada acara JomLaunch ini kelak.
Acara ini akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan tiket ke acara ini pada harga RM50 untuk akses dua hari termasuk makan dan minum. Daftar diri anda ke acara Impact Tech dan JomLaunch hari ini, dan jumpa anda pada penghujung minggu ini!