(Video) EV Tanpa Pemandu Di China Didakwa Cuba Parkir Kenderaan Secara Autonomi Sebanyak 868 Kali

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 26 Nov 2026 07:30:11

Sebuah rakaman CCTV di China menjadi tular selepas ia merakam sebuah kereta elektrik (EV) tanpa pemandu didapati cuba meletakkan kenderaan secara automatik sebanyak 868 kali dalam tempoh satu malam.

Insiden tersebut berlaku di sebuah kawasan parkir bawah tanah dan menyebabkan pemilik kenderaan berasa hairan apabila mendapati keretanya berulang kali melakukan gerakan parkir tanpa henti.

Rakaman menunjukkan kereta itu mengundur, membelok, keluar dari petak parkir dan kemudian mencuba semula untuk meletakkan kenderaan.

Kitaran tersebut berlaku berulang kali dari tengah malam sehingga awal pagi.

Selepas menyemak log sistem kenderaan, pemilik mendakwa fungsi parkir automatik telah diaktifkan sebanyak 868 kali sepanjang malam.

Kenderaan berkenaan dipercayai menggunakan teknologi pemanduan pintar Huawei Qiankun yang membolehkan kereta mencari ruang parkir, memarkir sendiri dan juga dikawal dari jauh melalui telefon pintar.

Namun begitu, punca sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. Beberapa teori dikemukakan bagi menjelaskan insiden tersebut.

Antaranya ialah kemungkinan berlaku gangguan perisian, fungsi parkir automatik yang tersilap beroperasi, atau campur tangan pengguna melalui kawalan jarak jauh.

Ada juga yang berpendapat keadaan pencahayaan yang kurang baik serta garisan parkir yang tidak jelas mungkin mengelirukan sistem.

Laporan menyebut, setakat ini tiada bukti kukuh yang mengesahkan kerosakan teknikal sebagai punca utama.

Siasatan lanjut terhadap data kenderaan diperlukan untuk menentukan sebab sebenar kejadian tersebut.

{suggest}

(Video) EV Tanpa Pemandu Di China Didakwa Cuba Parkir Kenderaan Secara Autonomi Sebanyak 868 Kali WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts