Adenan Nafi Mahu Bawa Sarawak Keluar Malaysia

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 08 Nov 2016 02:00:37

adenanFoto oleh FMT

KUCHING: Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak hari ini membuat penafian tentang perkara yang tersebar melalui laman sosial yang menuduh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan pihak berkuasa persekutuan bagi kebanyakan masalah yang menimpa negara ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, CMO berkata tulisan dalam laman sosial itu juga mendakwa ketua menteri mengancam untuk membawa Sarawak keluar dari Malaysia sekiranya semua masalah yang didakwa wujud itu tidak diatasi.

“Tulisan itu dilaporkan berasal daripada akaun Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021’.

CMO menafikan sekeras-kerasnya ketua menteri pernah membuat sebarang kenyataan umum yang bermaksud demikian dan menyifatkan tulisan itu tidak benar sama sekali.

unnamed

“Ia juga perbuatan yang secara terang-terangan bertujuan memberi gambaran buruk mengenai ketua menteri di mata kerajaan persekutuan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ketua menteri berulang kali menegaskan Sarawak tidak akan sekali-kali berpisah dari Malaysia, tetapi ia tidak bermakna negeri berkenaan tidak boleh memperjuangkan haknya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan dan Cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Sementara itu, ketika dihubungi bagi merujuk tentang tulisan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts