Agoda AI Assistant Kini Ditawarkan Kepada Pengguna Di Malaysia Untuk Memudahkan Perancangan Percutian

by Oh! Semput


3
SHARES
37
VIEWS
Posted on 30 Oct 2026 07:00:59

Mencari destinasi, membandingkan hotel dan menempah penerbangan merupakan antara perkara yang perlu dilakukan sebelum bercuti. Kebiasaannya, proses ini melibatkan beberapa platform yang berbeza. Menyedari perkara itu, Agoda kini memperkenalkan Agoda AI Assistant yang menghimpunkan perancangan dan tempahan perjalanan dalam satu ruang perbualan.

Menerusi ciri ini, pengguna boleh mendapatkan cadangan destinasi, membandingkan pilihan penginapan, mencari restoran dan tarikan pelancongan serta menyemak harga dan ketersediaan penerbangan atau penginapan secara masa nyata. Tempahan juga boleh dibuat terus melalui aplikasi Agoda.

Sebagai contoh, pengguna hanya perlu menyatakan destinasi, tempoh perjalanan atau bajet yang dirancang. Berdasarkan maklumat tersebut, pembantu AI berkenaan akan mencadangkan pilihan penginapan, penerbangan serta jadual perjalanan yang bersesuaian dengan keutamaan dan keperluan pengguna.

Menurut Agoda, ciri berkenaan kini diperluaskan kepada pengguna di 21 pasaran termasuk Malaysia selepas melalui fasa ujian terhad sebelum ini. Pembantu AI itu dikuasakan oleh model AI daripada OpenAI, manakala maklumat berkaitan restoran, tempat menarik dan lokasi turut disokong oleh Gemini serta Google Maps bagi membantu pengguna mendapatkan maklumat yang lebih terkini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts