MRT beri amaran, penumpang buat perkara nakal dan berbahaya akan dikenakan denda RM2000 atau penjara setahun

by Oh! Semput


12
SHARES
150
VIEWS
Posted on 25 Jul 2017 16:02:07

SHAH ALAM – MRT Malaysia menegaskan mana-mana individu atau kumpulan yang melakukan kerosakan kepada kemudahan awam terutamanya di stesen MRT, mereka boleh dikenakan tindakan dibawah peruntukan undang-undang negara.

MRT beri amaran, penumpang buat perkara nakal dan berbahaya akan dikenakan denda RM2000 atau penjara setahun

MRT beri amaran, penumpang buat perkara nakal dan berbahaya akan dikenakan denda RM2000 atau penjara setahun

MRT Malaysia dalam satu kenyataan hari ini,menyatakan mereka yang melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Akta Kerajaan Tempatan (9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991).

“Ia boleh membawa kepada denda RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun jika disabitkan kesalahan.

“Mereka juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010,” petik kenyataan MRT Malaysia menerusi laman Facebook rasmi mereka.

Terdahulu, kenyataan MRT Malaysia itu menyusul selepas tular di media sosial berhubung perbuatan vandelisme yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab pada kemudahan MRT.

Selepas beberapa kemudahan MRT dirosakkan, terbaharu tular pula seorang ibu bertindak menggantung buaian anak di dalam MRT .

Dalam pada itu, MRT juga menasihati agar orang ramai menjaga keselamatan apabila menaiki MRT dan tidak merosakkan kemudahan yang telah disediakan.

: Sinar

Loading...
: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts