Detik bersejarah! Proton S70 rasmi jadi teksi baharu, pemandu kini tak perlu pajak lagi

by Oh! Semput


3
SHARES
38
VIEWS
Posted on 03 Jul 2026 17:04:31

Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) menyifatkan pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional sebagai satu detik bersejarah yang bakal mengubah landskap industri teksi negara, sekali gus memberi nafas baharu kepada pemandu pengangkutan awam.

800 pemandu berdaftar

Memetik laporan daripada Bernama, Pengerusi GTSM, Kamarudin Mohd Hussain berkata program itu menawarkan struktur pembiayaan harian yang lebih rendah berbanding sistem pajakan syarikat sebelum ini, sekali gus membantu mengurangkan beban pemandu.

“Setakat ini, sebanyak 800 pemandu telah mendaftar dan kini berada dalam peringkat menunggu kelulusan Surat Tawaran Kelayakan (STK) daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
“Melalui program ini, Kementerian (Pengangkutan) mempermudah urusan untuk pemandu teksi, kereta sewa dan e-hailing masuk ke dalam program, manakala pihak Proton melalui EON-Avis menyalurkan maklumat pemandu kepada institusi kewangan bagi urusan pembiayaan fleksibel,” katanya.

alt

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional yang disempurnakan Perdana Menteri di Dataran Merdeka.

Kenderaan milik penuh pemandu

Kamarudin turut menghargai kelulusan khas Kementerian Kewangan yang membolehkan kenderaan baharu dimiliki sepenuhnya oleh pemandu, sekali gus menamatkan kebergantungan kepada sistem pajakan tradisional.

Dalam pada itu, rata-rata pemandu teksi menyambut baik inisiatif berkenaan kerana disifatkan mampu mengubah nasib mereka selepas sekian lama berdepan cabaran kos operasi dan persaingan dengan platform e-hailing.

“Kami sudah lama mengusahakan penjenamaan semula ini melalui persatuan dan akhirnya kami sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri serta Menteri Pengangkutan Anthony Loke atas pakej pembiayaan yang memudahkan kami,” kata pemandu teksi veteran, Adam Rau Abdulla.

Seorang lagi pemandu, Azli Sulaiman turut menyifatkan program itu sebagai permulaan baharu buat industri teksi.

“Selama pertukaran pelbagai kerajaan sebelum ini, kami seolah-olah terbiar dan tiada siapa benar-benar ambil tahu tentang nasib teksi. Hari ini, walaupun kerajaan ini masih baharu, mereka mengambil langkah awal dan bersedia menjaga kebajikan pemandu teksi,” katanya.

alt

Menerusi program itu, Proton S70 dipilih sebagai model teksi rasmi baharu negara dengan identiti lebih moden menggunakan siri nombor pendaftaran khas bermula huruf “GET”, selain membolehkan pemandu memiliki sendiri kenderaan mereka.

: Bernama

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts