Terkenal Kerana Sering Menyantuni Jemaah Haji, Pramugara Hafeez Albukhari Kini Dilaporkan Kritikal

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 02 Jul 2026 10:02:37

Nama Hafeez Albukhary Zulkefly suatu ketika dahulu cukup sinonim dengan perkongsian momen penuh emosi dari Tanah Suci.

Beliau sering berkongsi rakaman perjalanan jemaah haji Malaysia, khususnya golongan warga emas yang menunaikan ibadah di bawah kendalian penerbangan AMAL by Malaysia Airlines.

Advertisement

Hafeez dikenali sebagai anak muda yang aktif merakam video dan foto sepanjang musim haji, bukan sekadar atas tuntutan kerja, tetapi sebagai usaha mendokumentasikan pengalaman rohani jemaah untuk dikongsi bersama keluarga dan orang ramai yang merindui suasana di Haramain.

Setiap perkongsiannya di media sosial sering mendapat perhatian dan menyentuh hati ramai.

Namun, perkembangan terbaharu mengenai Hafeez mengundang rasa sebak apabila beliau dilaporkan sedang diuji dengan masalah kesihatan yang berat.

Perkara itu dimaklumkan oleh sepupunya menerusi satu hantaran di media sosial yang memohon orang ramai agar sama-sama mendoakan kesembuhan Hafeez yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Perkongsian Hafeez yang sebelum ini sentiasa dinantikan di media sosial kini tidak lagi kelihatan, meninggalkan ruang sepi buat para pengikut yang terbiasa menantikan momen indah dari Tanah Suci.

“Beliau kini berada dalam keadaan kritikal dan telah dibawa pulang ke kampung halaman di Perak. Mohon semua doakan kesembuhan beliau,” menurut perkongsian tersebut.

Hafeez sebelum ini dikenali sebagai antara kru penerbangan AMAL by Malaysia Airlines yang aktif menyantuni jemaah haji Malaysia, khususnya warga emas, selain sering berkongsi momen perjalanan di Tanah Suci yang menyentuh hati ramai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan dr fie
2026-07-02 12:55:18

“Walaupun Dah Berpisah, Mak Mentua Tetap Mak Mentua” – Dr Fie Doakan Ibu Nubhan Cepat Sembuh

Terkenal Kerana Sering Menyantuni Jemaah Haji, Pramugara Hafeez Albukhari Kini Dilaporkan Kritikal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts