by Oh! Semput
Perkongsian terbaharu personaliti media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mengenai sukan Hyrox mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Dr Say meluahkan rasa syukur selepas membuat keputusan untuk menyertai sukan tersebut bersama isterinya.
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah penampilan pasangan itu ketika menyertai acara berkenaan.
Dalam perkongsian tersebut, Dr Say turut mengepilkan beberapa gambar dirinya bersama isteri yang mengenakan pakaian sukan, namun didakwa agak mencolok mata oleh segelintir netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial dilihat kurang senang dengan pemakaian pasangan itu dan menasihatkan mereka agar lebih menjaga aurat pada masa akan datang.
Malah, ada juga netizen berharap agar pasangan tersebut tidak mengambil ringan soal aurat, terutama ketika menyertai acara sukan selepas ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pada pautan di bawah.
Dr Say Kongsi Sertai Hyrox Bersama Isteri, Gaya Pemakaian Dikritik Netizen – “Nak Masuk Kena Separa Bogel Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.