by Oh! Semput
Perkongsian terbaharu melibatkan Fatin, isteri kepada pempengaruh Prince Syed sekali lagi menjadi perhatian warga maya.
Menerusi satu video yang tular di media sosial, Fatin dilihat berjalan naik dan turun tangga dalam keadaan yang disifatkan ramai sebagai keletihan sehingga terpaksa berpaut pada tiang serta memegang kakinya.
Ruangan komen turut dipenuhi pelbagai reaksi daripada netizen yang meluahkan rasa simpati selepas melihat keadaan Fatin yang didakwa kelihatan semakin susut.
“Kesiannya Fatin terlampau kurus ni. Turun naik tangga pun nampak tidak larat sudah.

“Tidak tahulah kalau sekadar konten diorang saja. Tapi nampak videonya memang nampak penat sampai dia pegang tiang tangga masa turun. Masa dia naik pula dia pegang lagi kaki dia.”
Terdahulu, Prince Syed dan Fatin sering menjadi bualan netizen susulan pelbagai perkongsian mereka di media sosial yang mencetuskan kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pasangan itu berhubung dakwaan yang dibangkitkan netizen mengenai keadaan kesihatan Fatin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pad apautan di bawah.
“Kesiannya Tengok Dia..” – Video Fatin Isteri Prince Syed Naik Turun Tangga Undang Kebimbangan Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.