Amazon Malaysia Buat Prank Khidmat Bomoh

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 03 Apr 2017 14:00:38

Amazon

KUALA LUMPUR: Syarikat Amazon.com yang dijangka pelancarannya pada pada akhir tahun 2017 di Malaysia telah membuat satu “April Fool Prank” kepada pihak media.

Pada 1 April 2017, laman web “Amazon.my” akan dilancarkan dengan kerjasama rakan kongsi iPrice Malaysia.

Pelancaran eksklusif ini menunjukkan  “screenshot” laman web dan produk Amazon.my yang menampilkan laman dalam Bahasa Malaysia.

Menurut kenyataan akhbar yang disiarkan di blog iPrice Malaysia, Raja Bomoh Sedunia atau Ibrahim Mat Zin adalah antara servis yang boleh dilanggan.

“Screenshot” produk Raja Bomoh ini menunjukkan “Bomoh Search Engine” yang merangkumi barang seperti  kelapa segar, sepasang teropong, bakul kayu dan permaidani ajaib untuk dijual.

iprice2

Berita ini telah menjadi viral yang mengelirukan netizen yang pada awalnya mengingatkan Amazon sudah dilancarkan tetapi ia hanyalah jenaka April Fool.

Eksekutif pemasaran, iPrice Malaysia, Jeremy Chew kepada The Star Online bahawa syarikat itu tidak berniat  berjenaka dengan menimbulkan kekeliruan kepada netizen.

“Niat kita bukan nak menipu, tetapi untuk berkongsi imaginasi kita bagaimana ia akan apabila Amazon memasuki rantau ini,” katanya.

iPrice Group ialah platform membeli-belah dalam talian serantau yang membolehkan pengguna untuk membandingkan harga barangan di seluruh laman web e-dagang yang berbeza.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts