by Oh! Semput
NVIDIA memperkenalkan inovasi besar dalam dunia pusat data dengan memperkenalkan sistem penyejukan cecair sepenuhnya untuk generasi pelayan AI Rubin.
Cuma berbeza dengan sistem penyejukkan air yang lama, sistem ini sebaliknya menggunakan cecair penyejuk pada suhu sehingga 45°C, lebih panas daripada kolam air panas, namun lebih cekap tenaga.
Dengan menaikkan suhu penyejuk, kos tenaga dapat dikurangkan secara drastik.
Teknologi penyejukan cecair 45°C daripada NVIDIA membolehkan pusat data disejukkan tanpa menggunakan mesin penyejuk (chiller) atau menara air tradisional.
Hasilnya, penggunaan air dapat dikurangkan sehingga hampir 0% — berbanding sistem lama yang membazirkan sekitar 2.6 juta gelen air bagi setiap megawatt setiap tahun.
Langkah ini menawarkan penyelesaian utama industri di mana penyejukan sebelum ini boleh menelan sehingga 40% tenaga elektrik pusat data.
Sebagai contoh, sebuah fasiliti 50 MW mampu menjimatkan lebih daripada USD4 juta setahun hanya untuk kos penyejukan dengan sistem ini.
Selain itu, penggunaan air juga hampir sifar kerana sistem ini menggunakan radiator kering berbanding berjuta-juta gelen air setiap megawatt setahun.
Reka bentuk tertutup tanpa kipas dan lorong sejuk membolehkan operasi lebih senyap, padat, dan boleh dipercayai.
Cecair yang terdiri daripada 75% air dan 25% propilena glikol dialirkan terus ke plat sejuk pada pemproses, meningkatkan kecekapan dan ketumpatan rak.
Tambahan pula, haba buangan boleh digunakan semula untuk memanaskan bangunan berdekatan, menjadikan sistem ini lebih mesra alam.
Apa yang boleh disimpulkan adalah, sistem penyejukkan baharu NVIDIA ini menggunakan konsep yang sama seperti radiator kereta.
Daripada membazir elektrik menggunakan penyaman udara (aircond) atau mesin penyejuk gergasi, mereka hanya meletakkan radiator di luar bangunan untuk membiarkan angin dan udara semula jadi menyejukkan cecair di dalam sistem tersebut.
Inovasi ini bukan sahaja mengurangkan kos dan penggunaan sumber, tetapi juga membuka peluang baharu untuk kelestarian pusat data AI.
{suggest}
Pelayan AI NVIDIA Kini Lebih Mampan, Boleh Beroperasi Dengan Sistem Penyejuk Yang Lebih Panas Daripada Kolam Air Panas WISER.MY.