Disindir ‘Hollywood’, Syed Saddiq Teruskan Bekerja Untuk Rakyat – “Saya Sumbangkan Terus RM115k Ke Muar, Beli Bakul Makanan & Laptop”

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 23 Jun 2026 06:32:37

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus mencuri perhatian apabila memaklumkan hasil pendapatan daripada kerja sambilan terbaharunya akan disalurkan semula kepada rakyat di kawasannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq, 34, meluahkan rasa syukur selepas menerima satu lagi tawaran kerja sambilan atau penggambaran.

Advertisement

“Alhamdulillah, dapat kerja sambilan/shooting baru lagi.”

Menurut beliau, wang yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut tidak akan digunakan untuk dirinya, sebaliknya disumbangkan terus kepada penduduk Muar dalam bentuk bantuan makanan dan komputer riba.

“Saya sumbangkan terus RM115,000 ke Muar. Beli 1,000 bakul makanan dan 30 komputer riba.”

Dalam masa sama, tunang kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu berkata komitmennya sebagai wakil rakyat tetap menjadi keutamaan walaupun turut melakukan kerja sambilan.

“Pagi sampai petang di Parlimen, malam teruskan kerja sambilan.”

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji usaha Syed Saddiq mencari sumber pendapatan tambahan demi membantu rakyat di kawasan Parlimen yang diwakilinya.

Malah, ramai turut menyatakan sokongan terhadap tindakan beliau yang dilihat terus komited menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen sambil mengusahakan pelbagai inisiatif kebajikan untuk penduduk Muar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar ibrahim
2026-06-23 08:04:51

"Rohingya Perlu Dihantar Balik Ke Myanmar Dengan Selamat" - PMX

Disindir ‘Hollywood’, Syed Saddiq Teruskan Bekerja Untuk Rakyat – “Saya Sumbangkan Terus RM115k Ke Muar, Beli Bakul Makanan & Laptop” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts