Zeekr X (2026) Dilancar Di Malaysia – Lebih Berkuasa, Harga Bermula RM158,800

by Oh! Semput


4
SHARES
46
VIEWS
Posted on 23 Jun 2026 11:00:22

Zeekr Intelligent Technology Malaysia hari ini rasmi melancarkan model SUV elektrik premium urban terbaharunya, Zeekr X (2026), menerusi acara pelancaran berteraskan gaya hidup moden. Membawa slogan “Boldly Yours”, model penambahbaikan (facelift) ini hadir dengan peningkatan prestasi trenkuasa yang lebih mantap, rekaan luaran yang lebih ekspresif, serta pelbagai ciri pintar baharu yang diletakkan sebagai standard untuk pasaran tempatan.

Merentasi kedua-dua varian yang ditawarkan, Zeekr X (2026) kini dilengkapi dengan sistem pintu hadapan automatik, tiang-B interaktif pintar, rekaan roda stereng multifungsi dengan kawalan sentuh, serta ruang but yang diperbesarkan kepada 404 liter.

Lebih menarik, ia turut dilengkapi dengan peti sejuk terbina di dalam kabin yang bukan sahaja mampu menyejukkan minuman, malah boleh memanaskan makanan sehingga suhu 50°C. Dari segi keupayaan pengecasan, SUV ini menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150 kW yang membolehkan bateri dicas daripada 10% ke 80% dalam masa sekitar 30 minutes sahaja.

Varian asas Premium RWD kini menghasilkan kuasa 250kW dan tork 373Nm dengan jarak pandu WLTP sehingga 445km.

Ia dilengkapi pengecasan AC 11kW, kemasan dalaman dwi-warna putih-hitam, rim paddle 19 inci, sistem paparan dongak (HUD), serta pilihan warna eksklusif baharu Porcelain Pink.

Sementara itu, varian tertinggi Flagship AWD menawarkan kuasa ekstrem 365kW dan tork 573Nm yang membolehkan pecutan 0–100 km/h dalam masa pantas 3.7 saat. Varian ini mendapat pengecasan AC 22kW yang lebih laju dengan jarak pandu 415km, kerusi urut dengan sistem ventilasi, tali pinggang keledar merah, rim tempaan (forged) hitam 20 inci, serta pilihan warna baharu Onyx Black dan Matte Khaki Green.

Dari segi keselamatan, siri Zeekr X ini memuatkan sistem 7 beg udara bersama pakej ADAS penuh, lampu hadapan LED dengan fungsi lightshow, sistem audio premium Yamaha 13-pembesar suara, serta bumbung suria panoramik dengan perlindungan haba.

Di Malaysia, Zeekr X (2026) ditawarkan pada harga RM158,800 (Premium RWD) dan RM175,800 (Flagship AWD) berserta jaminan kenderaan selama 5 tahun/150,000km dan jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun/160,000km.

Menariknya, Zeekr turut memperkenalkan program pembiayaan eksklusif tanpa faedah sehingga 48 bulan untuk bayaran muka menggunakan kad kredit melalui Public Bank dan Maybank, serta kadar faedah serendah 1.18%. Pembeli yang tidak memilih pelan pembiayaan ini pula akan menerima pengecas wallbox 22kW dan pengecas mudah alih 3-pin secara percuma.

{suggest}

Zeekr X (2026) Dilancar Di Malaysia – Lebih Berkuasa, Harga Bermula RM158,800 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts