Amazon Mempersiapkan Diri Untuk Memasuki Pasaran Asia Tenggara Melalui Singapura

by Oh! Semput


10
SHARES
129
VIEWS
Posted on 25 Jul 2017 16:01:39

Amazon sebuah portal membeli belah atas talian dari Amerika Syarikat sedang meluaskan pasaran mereka dengan Singapura.

Pelancaran itu akan menyaksikan Amazon Prime, Amazon Prime Now dan laman sesawang Amazon boleh diakses kepada penduduk Singapura tanpa perlu membuka domain Amerika Syarikat.

Langkah itu diperkuatkan lagi dengan beberapa selebriti tempatan Singapura telah mempromosi Amazon Prime secara tidak langsung.

Syarikat e-komersil itu telah bergerak aktif untuk tahun 2017 dengan meluaskan pasaran mereka ke Asia Tengah melalui Souq.com, bergerak ke pasaran Australia dan sedang dalam proses untuk membeli Whole Foods di Amerika Syarikat dengan harga hampir RM 60 bilion.

Pasaran Asia Tenggara pula mempunyai 600 juta pengguna dengan Alibaba sudah pun mula melabur di dalam Lazada bagi bersaing untuk rantau ini.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts