Amerika Syarikat Mahu Mengharamkan Jualan Dron Syarikat Asing Yang Dilengkapi LiDAR

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 10 Aug 2026 07:01:03

Pihak Federal Communications Commission (FCC) Amerika Syarikat baru-baru ini telah membuat pindaan baru terhadap undang-undang untuk mengharamkan penjualan dron jenama syarikat asing sedia ada, untuk mengharamkan juga jualan dron tersebut sekiranya ia mempunyai sistem LiDAR terbina didalamnya.

Sistem LiDAR ataupun Light Detection and Ranging merupakan sebuah sistem pengesanan objek menggunakan cahaya yang akan menyinari objek dengan cahaya untuk mengira jarak dan juga bentuk objek dan persekitaran. Sistem ini digunakan bukan sahaja pada dron, tetapi juga kenderaan bermotor, pelbagai jenis robot, alat pengesanan dan sebagainya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak FCC pada 3 Ogos 2026, kemaskini ini dilakukan atas alasan keselamatan negara dengan mengatakan bahawa dron-dron jenama asing yang hadir dengan kemampuan LiDAR ini disifatkan sebagai aset ketenteraan dan boleh digunakan dalam pertempuran dan peperangan.

Dan seperti yang dijangka, antara jenama yang akan paling terkesan dengan pindaan undang-undang terbaru ini adalah DJI, dimana beberapa dron mereka sendiri, seperti DJI ZenMuse L3 dan DJI Mini 5 Pro yang dimuatkan dengan sistem LiDAR mungkin terkesan.

Ini adalah kerana selain daripada dron yang digunakan pengguna biasa, dron yang lazimnya digunakan untuk tujuan perladangan ataupun perhutanan juga akan terkesan kelak, bukan sahaja dari segi pembelian kelengkapan baru, tetapi juga untuk mendapatkan alat gantian sekiranya ada bahagian yang rosak.

: Tom’s Hardware

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts