Amyra Rosli Berdebar Menjelang Hari Perkahwinan

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 25 Oct 2016 01:00:06

Hanya tinggal 17 hari lagi sebelum Amyra Rosli dan pasangannya Amar Baharin akan disatukan dalam majlis perkahwinannya yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagi Amyra, dia memberitahu sudah bersiap sedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, pun begitu dia tidak terkecuali mengalami perasaan berdebar untuk berkahwin.

BACA: Gambar Sekitar Pra Perkahwinan Amar Baharin, Amyra Rosli Di London

“Perasaan berdebar itu memang ada, tak tahu nak berkongsi perasaan itu bagaimana. Tetapi rasanya siapa yang pernah berkahwin tahulah. Insya-Allah, saya boleh jaga Amar sebagaimana saya menjaga adik-adik saya serta ibu dan bapa saya,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Anugerah Melodi.

Tambahnya lagi, persiapan perkahwinannya hampir selesai dan hanya beberapa peratus lagi yang perlu dilakukannya.

“Lebih kurang 95% peratus dah selesai tinggal nak hantar kad jemputan. Saya sendiri hari-hari kira masa untuk berkahwin. Cuma saya masih menjalani penggambaran seperti biasa dan akan ke Dubai minggu ini untuk menjalankan penggambaran di sana,” katanya yang masih lagi sibuk bekerja.

Amyra turut berkata, rezekinya kini turut bertambah kerana dalam tahun ini beberapa tempat telah pun dilawatinya seperti Wales dan United Kingdom yang tidak pernah terlintas di fikirannya untuk ke negara tersebut.

“Mungkin inilah orang kata rezeki nak kahwin, saya dapat berjalan ke beberapa buah negara seperti Wales, United Kingdom, Singapura dan yang terbaru akan ke Dubai,” katanya kepada Rotikaya. (rtky/h)

8-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya 1-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya 2-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya 3-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya 4-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya 5-amyra-rosli-berdebar-menjelang-hari-perkahwinan-rotikaya

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts