Anak Angkat Meninggal Dunia, Azharina Ditawar Anak Angkat Baru

by Oh! Semput


43
SHARES
562
VIEWS
Posted on 29 May 2017 06:01:00

anak angkat meninggal dunia azharina ditawar anak angkat baru 1

Kredit foto: Instagram Azharina Azhar 


Kematian anak angkatnya yang baru berusia sebulan pada Mac lalu masih dirasai oleh penyanyi Azharina Azhar.

Bagaimanapun kesedihan tersebut cuba diubati oleh beberapa pihak yang menawarkan anak angkat baru kepada penyanyi lagu Elegi Sepi itu.

Azharina dalam kenyataan terbarunya melahirkan penghargaan terhadap usaha pihak tertentu yang sudi memberikan tawaran kepadanya, namun dia enggan menerimanya buat masa ini.

anak angkat meninggal dunia azharina ditawar anak angkat baru 2

Kredit foto: Instagram Azharina Azhar

Alhamdulillah, ia rezeki Allah, ada orang yang tunggu bertahun-tahun untuk terima anak angkat. Tapi saya ramai pula yang bertanya untuk beri anak kepada saya. Saya memang terbuka untuk mengambil anak angkat tapi bukan sekarang, saya masih lagi rasa sedih dengan kehilangan Rizqie. Begitu juga anak angkat pertama saya Rahmat yang masih bertanya tentang adiknya.

: Mstar

Demi menenangkan jiwanya yang masih terkesan dengan pemergian itu, Azharina lebih selesa menghabiskan masanya dengan kerja-kerja di rumah.

anak angkat meninggal dunia azharina ditawar anak angkat baru 3

Kredit foto: Instagram Azharina Azhar

Saya sibuk bertukang, buat persiapan cantikkan rumah saya. Dengan cara itu saya boleh lupakan kesedihan terhadap arwah. Barang pertama selepas Rizqie meninggal, saya minta pembantu keluarkan ialah tempat tidur bayi yang saya tempah khas daripada kayu berkualiti tinggi. Saya tidak mahu lihat apa-apa yang menginggatkan saya kepadanya. Bulan Ramadan ini pasti membuatkan hati saya sayu. Namun saya sudah reda pemergiannya.

: Mstar

Terdahulu, anak angkat Azharina, Rizqie Azharin meninggal dunia pada 28 Mac lalu kerana mengalami pendarahan otak dan kerosakan pada kedua-dua belah buah pinggang. Selain Rizqie, Azharina mempunyai seorang lagi anak angkat iaitu Rahmat Azharin Azhar Abdullah - kini berusia tiga tahun. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts