Anjing Rocky : Pemilik Didakwa Tarik Tali, Manakala Shah Dituduh Jerut Guna Peralatan Gelung Tali ‘Loop’

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 03:01:01

Seorang pemilik anjing bernama Rocky dan seorang penghantar barang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan berkenaan dalam kejadian tiga minggu lalu.

Tertuduh, S Roghini Devi, 42, dan Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mujib Saroji.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, Roghini Devi didakwa secara tidak munasabah menarik anjing jantan berkenaan.

Sementara itu, Muhammad Shah Idham Nor Haikal pula dituduh menjerut Rocky menggunakan peralatan gelung tali atau ‘loop’ sehingga menyebabkan kesakitan terhadap haiwan tersebut.

Kes Anjing Rocky: Wanita Dipercayai Pemilik Haiwan Liar Turut Didakwa Hari Ini

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan dan memilih untuk dibicarakan.

Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas insiden membabitkan operasi penangkapan anjing liar di Taman Telok Gedong Indah tular di media sosial.

Muhammad Shah Idham Nor Haikal turut menjadi sasaran kecaman netizen susulan penyebaran video berkaitan insiden tersebut. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemilik rocky
2026-08-20 08:17:28

Kes Anjing Rocky: Wanita Dipercayai Pemilik Haiwan Liar Turut Didakwa Hari Ini

Anjing Rocky : Pemilik Didakwa Tarik Tali, Manakala Shah Dituduh Jerut Guna Peralatan Gelung Tali ‘Loop’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts