by Oh! Semput
Pasaran telefon pintar boleh lipat global dijangka mencatatkan pertumbuhan melebihi 20 peratus setahun dan bakal mencapai penghantaran sebanyak 36 juta unit menjelang tahun 2028, menurut laporan terbaharu daripada firma penyelidikan Omdia.
Pertumbuhan ini dipacu oleh pengenalan reka bentuk baharu yang lebih pendek dan lebar (wide-format), seperti yang dipelopori menerusi model Huawei Pura X Max dan Samsung Galaxy Z Fold 8.
“Huawei mempelopori reka bentuk format lebar baharu ini dengan Pura X Max pada Mei 2026, diikuti oleh Samsung Galaxy Z Fold 8 pada Ogos. Dengan vendor terkemuka lain yang bakal melancarkan produk serupa dalam beberapa bulan akan datang, kategori baharu ini memacu gelombang pertumbuhan baharu dalam pasaran telefon pintar boleh lipat.” Zaker Li, Penganalisis Utama.
Menurut Omdia, reka bentuk boleh lipat format lebar baharu ini menampilkan nisbah aspek yang lebih pendek dan lebih luas, memberikan peranti ini format yang lebih seperti tablet apabila dibuka.
Format ini menawarkan pengalaman baharu di samping meningkatkan tahap kebolehpadanan dan produktiviti pengguna.
Meskipun kadar penghantaran merosot sebanyak 21.6 peratus pada separuh pertama tahun 2026 kepada 5.1 juta unit, terutamanya disebabkan penurunan mendadak model jenis flip (-47 peratus), tapi, model jenis book-type kekal stabil dengan menguasai 69 peratus pasaran.

Kehadiran format skrin lebar baharu ini dijangka memulihkan semula jualan, dengan angka penghantaran diunjur melebihi 22 juta unit pada penghujung tahun 2026.
Menjelang tahun 2030, penghantaran peranti boleh lipat dijangka mencecah 45 juta unit.
Walau bagaimanapun, jumlah tersebut masih merangkumi kurang daripada 3 peratus daripada keseluruhan pasaran telefon pintar global.

Faktor kos komponen yang kompleks seperti engsel, skrin besar, dan kaca khas mengekalkan peranti ini dalam kategori julat harga premium.
Bagi meluaskan penerimaan pengguna, Omdia menegaskan, pengeluar perlu menangani cabaran kos pembaikan, meningkatkan prestasi kamera, serta menawarkan nilai tambah yang jelas berbanding telefon pintar konvensional.
{suggest}
Format Baharu Telefon Lipat Huawei Dan Samsung Jadi Rebutan WISER.MY.