Pelakon Lelaki Didakwa Bercerai Dengan Adinda Sultanah Terengganu, Ini Respon – “Saya Tak Bujang Dan Belum Duda Lagi”

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 20 Aug 2026 06:31:03

Pelakon Nafiz Muaz tampil menjelaskan status perkahwinannya selepas perkara itu menjadi bahan spekulasi dalam kalangan netizen di media sosial.

Nafiz atau nama lengkapnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 28, menegaskan bahawa dia bukan bujang dan juga bukan seorang duda seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Advertisement

“Sebenarnya dari awal saya berkahwin, memang saya tak kongsikan apa-apa dalam media sosial sehinggalah saya memiliki seorang anak yang kini berusia lima tahun.

“Memang tak dapat dinafikan ada yang ingat saya masih bujang, yang ingat saya duda pun ada. Sebenarnya saya tak bujang dan saya belum duda lagi.

“Kalau boleh jangan mendoakan ke arah itu. Kalau saya duda semua orang akan tahu.”

Nafiz berkata demikian ketika ditemui pada sesi sidang media bersama barisan pelakon drama Doa Yang Terlindung 2.

adinda

Menurut pelakon drama Yes Captain Aaryan itu, dia sememangnya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak mengenai kehidupan keluarganya kerana mahu memisahkan urusan peribadi dengan kerjaya.

“Saya cakap dengan isteri saya, kerja saya tak ada kaitan dengan kehidupan kami. Kerja saya adalah kerja saya.

“Saya tak nak orang kenal anak saya dan saya tak nak orang tahu pun macam mana rumah tangga saya. Okey ke tak okey, itu saya sahaja yang tahu.

Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai spekulasi yang mengatakan rumah tangganya sedang berdepan masalah, Nafiz memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut.

“Kalaulah jodoh saya tak panjang, semua orang akan tahu. Jadi mana-mana yang buat spekulasi yang mengatakan saya itu ini, saya tak nak cakap lebih. Anda tunggu dan lihat sahajalah.

Untuk rekod, Nafiz mendirikan rumah tangga bersama Diyana Omar, adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah pada 2 Januari 2021 di sebuah hotel di ibu negara.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Eyra hazali
2026-08-20 11:59:27

“Adik-Beradik Panggil Saya Bunian” - Ibu Tiba-Tiba Hamil 7 Bulan, Eyra Hazali Kongsi Kisah Misteri Kelahirannya

 

Pelakon Lelaki Didakwa Bercerai Dengan Adinda Sultanah Terengganu, Ini Respon – “Saya Tak Bujang Dan Belum Duda Lagi” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts