by Oh! Semput
Selain seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman susulan insiden kekecohan ketika operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky, seorang wanita yang dikatakan pemilik haiwan berkenaan juga akan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis.
Wanita berusia lingkungan 40-an itu dijangka berdepan beberapa pertuduhan yang akan dibacakan di dua mahkamah berasingan.

Menurut sumber, wanita terbabit merupakan antara individu yang akan dituduh hari ini.
“Ya, betul,” katanya.
Berdasarkan sistem kehakiman, pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan dijadualkan dibacakan pada jam 9 pagi di hadapan Hakim Mujib Saroji.
Dalam masa sama, wanita berkenaan turut berdepan satu lagi pertuduhan di hadapan Majistret A Karthiyayini.
Sebelum ini, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Idham Nor Haikal Shaharom, 24, mengesahkan mengenai perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin lalu.
Menurut Muhammad Rafique, mereka akan hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi, 20 Ogos.
Kes Anjing Rocky: Muhammad Shah Hizam Bakal Didakwa Di Mahkamah Sesyen Khamis Ini
Terdahulu, Muhammad Shah Idham Nor menjadi sasaran kemarahan netizen selepas tular sebuah video yang mendakwa dia bertindak kejam terhadap Rocky sehingga menyebabkan kematian anjing berkenaan di Taman Telok Gedong Indah pada 29 Julai lalu.
Muhammad Shah Idham Nor kemudiannya mengaku terkejut selepas menerima waran untuk menjawab pertuduhan yang dipercayai dibuat di bawah Akta Kebajikan Haiwan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes kematian Rocky di mahkamah.
Menurut beliau, masyarakat perlu memberikan kepercayaan dan ruang kepada pihak berkuasa serta membiarkan proses perundangan berjalan selepas siasatan berhubung kes tersebut selesai dijalankan. – SINAR HARIAN
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kes Anjing Rocky: Wanita Dipercayai Pemilik Haiwan Liar Turut Didakwa Hari Ini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.