IBM Membina Peti Sejuk Kuantum Yang Hampir 200 Kali Ganda Lebih Sejuk Daripada Angkasa Lepas

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 21 Aug 2026 03:31:00

IBM memperlihatkan “peti sejuk kuantum” yang dibangunkan untuk sistem komputer kuantim mereka. Ia menggunakan sistem penyejukan kriogenik membolehkan suhu serendah 10 millikelvin (-273.14 °C) iaitu lebih 180 kali lebih sejuk daripada ruang angkasa.

Suhu hampir mencapai sifar mutlak ini bakal membolehkan penciptaan komputer kuantum pertama yang benar-benar tahan ralat menjelang tahun 2029. Setiap peti penyejukan adalah setinggi 2.4 meter dan selebar 2.4 meter. Ia dicipta secara modul membolehkan beberapa sistem perkomputeran kuantum disambung untuk beroperasi serentak.

IBM bercadang menggunakan dua atau tiga sistem penyejukan baharu ini menjelang 2027 dengan perancangan awal menyambungkan tiga modul yang mampu melakukan pemproses 1,000 qubits sesaat.

Taun lalu IBM mengumumkan rancangan membina komputer Quatum Starling boleh melakukan 100 juta operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal menjelang 2029. Sekiranya ini dicapai, IBM akan membina pula Quantum Blue Jay dengan kemampuan 1 bilion operasi kuantum menggunakan 200 qubit logikal.

Perkomputeran kuantum mampu melakukan pemprosesan yang mustahil dilakukan oleh superkomputer konvensional. Komputer kuantum Willow oleh Google telah menyelesaikan masalah yang memerlukan superkomputer kedua terpantas dunia Frontier 10,000,000,000,000,000,000,000,000 (10 septilion) tahun dalam masa kurang 5 minit. 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts