Anker Soundcore AeroClip 2 Akan Dilancar Di Malaysia Pada 28 September 2026

by Oh! Semput


2
SHARES
24
VIEWS
Posted on 15 Sep 2026 07:30:13

Selepas pertama kali diperkenalkan di IFA Berlin 2026, Anker Malaysia memaklumkan soundcore AeroClip 2, fon telinga terbuka terbaru mereka akan dilancarkan pada September ini.

Menawarkan pengalaman panggilan yang lebih jelas dan keselesaan sepanjang hari, soundcore AeroClip 2 direka bentuk terbuka serta ringan, menggabungkan keselesaan, pengalaman audio pintar dan keserasian lancar dengan peranti Apple serta Android.

Teknologi cip AI THUS™ yang dimuatkan ke dalam reka bentuk jenis *open-ear*, menawarkan pengalaman panggilan yang sangat jelas. Malah Anker sedang memhono pengiktirafan Guinness World Records™ tahap kejelasan panggilan terbaik bagi produk baharu ini untuk penanda aras baharu bagi prestasi panggilan peranti *open-ear*.

Sebagai tambahan, model ini turut memperkenalkan warna baharu Burgundy Red, untuk pasaran Malaysia khusus untuk dipadankan bersama model iPhone 18 Pro yang baru dilancar.

AeroClip 2 akan tersedia untuk pra-pesanan dari 24 hingga 27 September 2026.

Butiran lanjut mengenai Anker soundcore AeroClip 2, termasuk ciri-ciri penuh produk dan ketersediaannya di Malaysia, akan diumumkan pada 28 September 2026.

{suggest}

Anker Soundcore AeroClip 2 Akan Dilancar Di Malaysia Pada 28 September 2026 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts