Peserta ‘Elit’ Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan – “Mereka Yang Buli Siber Akan ‘Dibanned’ Seumur Hidup”

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 14 Sep 2026 06:30:54

Penganjur kejohanan kecergasan antarabangsa, HYROX, tampil mengeluarkan kenyataan rasmi susulan tindakan segelintir netizen yang didakwa melemparkan celaan, serangan siber dan ugutan terhadap seorang peserta.

Isu tersebut mula menjadi perhatian selepas tular dakwaan mengenai seorang atlet yang mengalami masalah penghadaman sehingga mengalami insiden “tercirit” ketika sedang menyertai pertandingan.

Advertisement

Menerusi kenyataan rasmi, HYROX mengakui insiden berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan, rasa kurang senang dan perbincangan hangat dalam kalangan komuniti mereka.

“Kami menyedari bahawa perkara ini boleh menimbulkan rasa kecewa, persoalan, dan pandangan yang keras daripada komuniti kami. Kebimbangan tersebut adalah wajar dan sebagai penganjur, kami bersedia untuk mendengar, menilai apa yang berlaku, dan bertanggungjawab untuk terus membuat penambahbaikan.”

Bagaimanapun, HYROX menegaskan bahawa rasa kecewa terhadap sesuatu insiden tidak sepatutnya menyebabkan serangan secara peribadi terhadap atlet.

Penganjur turut menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang bentuk ugutan fizikal atau gangguan terhadap peserta yang bertanding.

Menurut HYROX, para atlet telah melakukan persiapan dan berusaha keras untuk bersaing pada tahap tertinggi, justeru keselamatan serta maruah mereka perlu dihormati.

Pihak penganjur kini sedang meneliti dan mengenal pasti individu yang didakwa terlibat dalam serangan siber serta gangguan tersebut sebelum tindakan tatatertib selanjutnya diambil.

HYROX dalam masa sama menegaskan komitmen untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan maruah atlet terus menjadi keutamaan dalam setiap penganjuran kejohanan.

Penganjur turut menyeru komuniti kecergasan global supaya bergerak ke hadapan dengan mengutamakan semangat kesukanan, kecekalan dan rasa hormat antara satu sama lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-11 10:50:13

Lelaki Malaysia Didakwa Kahwin Tukang Urut Thailand, Isteri Pertama Tak Tahu - "Macam Pond*n Je Skandal Tu"

Peserta ‘Elit’ Tercirit, Penganjur HYROX Keluar Kenyataan – “Mereka Yang Buli Siber Akan ‘Dibanned’ Seumur Hidup” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts