Sembelih Kambing, Pentagram Terbalik & Baphomet, Sambutan Maulidur Rasul Di Daerah Pekalongan Dikecam Ada Unsur Pemujaan

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 14 Sep 2026 06:30:54

Niat untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul dan majlis berkhatan beramai-ramai bertukar kontroversi selepas perarakan Simbang Kulon Night Carnival (SKNC) 2026 di Desa Simbang Kulon, Kecamatan Buaran, Pekalongan, Indonesia, mencetuskan kecaman warganet.

Acara yang dikatakan sudah dianjurkan selama 61 tahun itu berlangsung pada Khamis malam (10 September) sebelum beberapa rakaman persembahan peserta tular di media sosial.

Advertisement

Kontroversi tercetus selepas salah satu daripada 25 pasukan peserta dikatakan menampilkan persembahan ekstrem yang didakwa menyerupai ritual pemujaan syaitan.

Menerusi rakaman yang tular, persembahan berkenaan memaparkan suasana gelap dengan penggunaan replika Sigil of Baphomet, pentagram terbalik serta tulisan Ibrani.

Lebih mengejutkan, gimik tersebut turut memaparkan aksi penyembelihan seekor kambing di atas altar yang dihiasi lilin.

fsfa

Walaupun proses penyembelihan di lokasi itu dilaporkan tidak melibatkan pemenggalan kepala haiwan berkenaan, peserta kemudiannya dilihat mempamerkan kepala kambing yang berlumuran darah kepada penonton.

Peserta Meninggal Dunia Selepas Perarakan

Kontroversi bertambah hangat selepas seorang peserta karnival, Ahmad Faiz, 40, dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat (11 September), kira-kira jam 4 pagi, hanya beberapa jam selepas menyertai perarakan.

Allahyarham sebelum itu dilihat mengelilingi laluan karnival dengan mengenakan kostum yang dikatakan seberat kira-kira 15 kilogram.

Kematian tersebut kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial yang mengaitkannya dengan persembahan kontroversi pada malam berkenaan.

Bagaimanapun, pihak keluarga menafikan dakwaan berunsur mistik tersebut.

Menurut keluarga, Allahyarham meninggal dunia selepas mengalami keletihan fizikal yang melampau serta kesukaran bernafas ketika memakai kostum berkenaan.

Keluarga turut meminta orang ramai menghentikan spekulasi dan memadamkan rakaman yang memaparkan Allahyarham demi menjaga privasi serta nama baik keluarga.

Kontroversi berkenaan kini mencetuskan perbincangan mengenai keperluan penganjur acara kebudayaan memperketatkan pemantauan serta penapisan terhadap kandungan persembahan peserta bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-11 15:01:54

"Orang Cuma Minta Hutang Balik" - Pempengaruh Terpalit Isu Tak Bayar Hutang RM 1.4 Juta, Hantaran Sayu Jadi Tumpuan

Sembelih Kambing, Pentagram Terbalik & Baphomet, Sambutan Maulidur Rasul Di Daerah Pekalongan Dikecam Ada Unsur Pemujaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts