IPO Anthropic Terbesar Dalam Sejarah Dunia – Mengumpul Dana $81 Bilion

by Oh! Semput


6
SHARES
74
VIEWS
Posted on 20 Nov 2026 07:00:58

Pagi ini penyenaraian awal awam (IPO) saham Anthropic berjaya mengumpul dana $81 bilion (~RM 333 bilion) sekaligus menjadikannya IPO terbesar dalam sejarah dunia. Ia meninggalkan IPO SpaceX ($75 bilion), SK Hynix ($26.51 bilion) Saudi Aramco ($25.6 bilion), Alibaba Group ($21.77 bilion), dan SoftBank Corp ($23.35 bilion)

Anthropic menetapkan harga IPO pada $83 untuk satu saham dengan 980 juta saham ditawarkan. Ini sekaligus memberikan Anthropic nilai pasaran $1.27 trilion (~RM 7.18 trilion). Syarikat kecerdasan buatan (AI) ini lebih bernilai daripada Samsung, AMD dan Micron.

Selepas disenaraikan di pasaran saham, kesemua pengasas Anthropic termasuk CEO Dario Amodei mencapai status bilionwan secara sekelip mata. Kakitangan syarikat dengan pegangan paling kecil pula masing-masing menjadi jutawan dengan nilai minima $44 juta seorang. Kesemua ini dicapai walaupun syarikat baru berusia 6 tahun dan mencatatkan kerugian ratusan bilion pada suku yang lalu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts